Monday, 25 March 2019

Jenis Buluh Di Malaysia

Jenis Buluh Di Malaysia

Di Semenanjung Malaysia terdapat 7 genre buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya (Holttum 1958).

Buluh duri atau nama sainsnya Bambusa blumeana merupakan sejenis pokok Buluh dalam genus Bambusa. Ia sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan batang pengepit makanan, pencungkil gigi, perabot, alat muzik seperti angklong, atau galah. Rebungnya boleh diambil untuk dimakan.

Buluh galah atau nama sainsnya Bambusa heterostachya.

Buluh minyak atau juga dikenali sebagi buluh gading, buluh aro, buluh temalang dan nama sainsnya Bambusa vulgaris ialah salah satu spesies pokok buluh berumpun-rumpun dalam genus Bambusa. Pokok ini besar, dengan banyak cabang yang tumbuh dari sesuatu buku. Biasanya satu atau dua daripada cabang-cabang ini adalah lebih besar daripada yang lain. Buluh gading biasanya bertumbuh di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Asia, khususnya di kawasan tropika monsun dan lembap.

Spesies ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan. Nama botaninya Bambusa vulgaris var. striata. Ia juga sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan batang pengepit makanan, pencungkil gigi, atau pencucuk makanan. Rebungnya boleh diambil untuk dimakan.

Buluh perindu (Bambusa magica) ialah sejenis buluh kecil yang mengeluarkan bunyi merdu apabila ditiup angin. Oleh kerana itu ia sering dijadikan seruling dan merupakan nama seruling tersebut. Atas sebab yang sama, buluh perindu juga boleh membawa maksud bunyi atau suara yang merdu.

Buluh betong atau juga dikenali sebagai buluh pering merupakan pokok buluh dalam genus Dendrocalamus yang yang tumbuh di Asia. Nama saintifiknya adalah Dendrocalamus asper.

Buluh beting (nama saintifik "Gigantochloa levis"). Rebungnya diambil untuk dijadikan sebagai makanan. Batangnya juga penting dalam kegunaan perdagangan.

Buluh semantan atau juga dikenali sebagai Buluh raya/gala/paao/seremai/telur [1], (nama saintifik "Gigantochloa scortechinii"). Rebungnya diambil untuk dijadikan sebagai makanan.

Buluh akar atau juga dikenali sebagai buluh tali, ialah sejenis buluh dalam genus Dendrocalamus yang malar hijau yang tumbuh di Asia. Nama saintifiknya adalah Dendrocalamus pendulus.

Buluh tumpat (nama saintifik "Gigantochloa ligulata") merupakan sejenis pokok dalam kategori buluh.
Rebungnya di ambil untuk dijadikan sebagai makanan. Batangnya juga penting dalam kegunaan perdagangan.

**http://buluh-ku.blogspot.com/2011/02/jenis-buluh-di-malaysia.html**

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
    Harrah's Cherokee Casino Resort, located in Murphy, North Carolina, is 삼척 출장마사지 an 84,000 square foot gaming 평택 출장안마 and hotel, casino, and 창원 출장마사지 entertainment complex 논산 출장안마 with 파주 출장마사지 1,100 rooms.

    ReplyDelete