Monday, 25 March 2019

Fakta Tentang Buluh

Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Buluh

Rumpun Buluh
Rumpun buluh meneduh dan menyamankan.

Buluh merupakan satu tumbuhan yang penting kepada masyarakat Asia dalam kehidupan harian mereka. Ini bermakna buluh digunakan hampir setiap hari dalam kehidupan mereka. Bagaimana pula hari ini adakah buluh masih dianggap penting, atau ia semakin dilupakan?

Dalam kehiduan asli masyarakat Asia buluh memainkan peranan penting sebagai bahan yang digunakan untuk tujuan pembinaan, peralatan harian, memasak, barangan, perhiasan malah juga menjadi sumber makanan. Walaupun hari ini sebahagian fungsi buluh masih digunakan seperti masakan rebung buluh, namun ia semakin dilupakan – mungkinkah ada di antara kita yang tidak mengenali pokok buluh?

Terdapat pelbagai jenis buluh, daripada yang kecil dan dijadikan hiasan hinggalah kepada yang besar dan lebih digunakan untuk membuat rerangka dalam pembinaan bangunan seperti di negara-negara India dan China. Pokok buluh yang biasa dijadikan hiasan adalah bersaiz lebih kecil, rimbun dan tidak merebak terlalu luas – biasanya ini juga dikawal dengan mengawal jumlah buluh yang tumbuh. Buluh yang biasanya dijadikan hiasan taman adalah seperti buluh kuning dan spesis-spesis buluh-buluh kecil. Selain daripada menyediakan bahagian yang redup akar buluh juga dapat menguatkan struktur tanah kerana akarnya yang rapat – sesuai untuk bahagian tebing curam atau kolam.

  • Antara jenis-jenis buluh terdapat di Malaysia adalah seperti berikut;
  • Buluh akar
  • Buluh batu (buluh tumpat)
  • Buluh betong
  • Buluh Cina
  • Buluh duri
  • Buluh kasap
  • Buluh lemang
  • Buluh minyak (buluh padang)
  • Buluh peleting
  • Buluh perindu
  • Buluh sembilang

Nama-nama buluh juga berbeza mengikut daerah. Hanya mereka yang biasa dengan buluh sahaja dapat mengenalpasti buluh dan jenis-jenisnya. Perbezaan yang paling mudah dalam membezakan antara jenis-jenis buluh adalah saiz dan bentuk rumpunnya.

Buluh Dan Makanan

Kukus Buluh
Kukus buluh.

Sebagai bahan makanan bahagian buluh yang menjadi hidangan kepada manusia adalah rebungnya. Masakan rebung ini juga terkenal di negara-negara Asia yang lain seperti China, Jepun, Australia dan Asia Tenggara yang sememangnya mempunyai kaitan yang rapat di antara kita. Apa yang berbeza dalam kaedah masakan masyarakat yang lain, rebung mungkin tidak perlu dimasam kan seperti mana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Melayu. Walaupun hampir kesemua rebung buluh boleh dimakan, terdapat jenis rebung yang lebih lembut berbanding yang lain seperti ‘rebung manis’. Rebung jenis ini sesuai dimasak terus tanpa proses pemasaman (peram).

Batang buluh juga digunakan untuk memasak makanan seperti ‘lemang’ atau ‘putu bambu’. Masyarakat Cina pula menggunakan daun buluh untuk membungkus makanan sebelum di masak. Bekas kukus juga boleh dibuat menggunakan buluh seperti yang biasa digunakan oleh masyarakat Cina. Kukus buluh dapat mengekalkan haba selain daripada menambah aroma kepada bahan masakan.

Buluh Dan Perhiasan

Gazebo Buluh
Gazebo daripada buluh sangat sesuai untuk istirehat.

Sebagai bahan perhiasan buluh mudah digunakan untuk membuat perkakas-perkakas seperti tabung, bekas air, bakul-bakul malah juga perabot. Industri perhiasan buluh merupakan antara yang paling popular bagi menjana pendapatan bagi penduduk kampung yang mempunyai sumber buluh yang mencukupi. Buluh juga boleh dianyam untuk membuat bahan perhiasan kecil seperti raga bunga hiasan atau bakul sebagai bekas untuk cenderahati majlis perkahwinan. Buluh yang disediakan dengan teliti dan diwarnakan tentu dapat menghasilkan barangan perhiasan yang juga cantik.

Begitu juga buluh digunakan untuk menghasilkan barangan perabut. Seperti juga rotan buluh digunakan untuk menghasilkan kerusi dan meja ruangan rehat. Perkakasan buluh juga dapat menimbulkan suasana yang lebih bersifat semulajadi atau ‘alami’. Buluh sering digunakan untuk membuat pangkin dan juga ‘gazebo’. Proses penyediaan buluh yang lebih mudah berbanding kayu (dari pokok ke papan), menjadikan ia bahan yang lebih ringkas dan pantas untuk digunakan sebagai bahan binaan.

Buluh Dan Kehidupan Harian

Bubu perangkap ikan
Bubu antara peralatan yang dibuat menggunakan buluh.

Buluh juga digunakan dalam aktiviti-aktiviti harian lain terutamanya dalam aktiviti menjana sumber pendapatan. Batang buluh dengan mudah boleh digunakan sebagai pancing. Buluh juga digunakan untuk membuat perangkap ikan seperti lukah dan bubu. Malah serkap juga dibuat menggunakan buluh. Buluh dan rotan sering digandingkan di mana rotan digunakan sebagai bahan pengikat.

Bagi menyediakan sangkar/ jebak burung juga buluh digunakan disamping pelepah bertam. Buluh yang dipotong dengan cermat  dan diraut, kemudian dicucuk melalui batang bertam yang memegang bilah buluh tersebut yang membentuk dinding sangkar. Malah bilah-bilah buluh juga digunakan dalam penyediaan ‘satay’.  Penggunaan bilah buluh ini digunakan juga sebagai batang bunga telur, pencucuk bebola ikan atau ‘nugget’ di pasar-pasar malam. Batang pencungkil gigi juga turut dihasilkan menggunakan buluh. Begitu juga penyepit makanan segera menggunakan buluh bagi mengurangkan kos bahan.

Bahan hiburan lain yang dihasilkan menggunakan buluh antaranya adalah wau. Buluh yang diraut digunakan sebagai tetulang bagi menyokong badan wau untuk membolehkannya terbang apabila ditiup angin. Buluh mudah dilentur dan lebih ringan apabila kering. Ini menjadikan ia sesuai digunakan untuk tujuan ini.


Begitulah antara sebahagian kecil fungsi buluh dalam kehidupan seharian masyarakat dahulu. Maka tidak hairanlah sekiranya masyarakat dahulu seringkali mengabadikan buluh di dalam karya-karya seni mereka. Selain daripada pohonnya yang menghijaukan pandangan dan menguatkan lagi tebing kolam-kolam, banyak lagi jasa buluh dalam kehidupan masyarakat. 

**https://www.myrokan.com/2014/03/perkara-menarik-yang-anda-perlu-tahu.html**

Jenis Buluh Di Malaysia

Jenis Buluh Di Malaysia

Di Semenanjung Malaysia terdapat 7 genre buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya (Holttum 1958).

Buluh duri atau nama sainsnya Bambusa blumeana merupakan sejenis pokok Buluh dalam genus Bambusa. Ia sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan batang pengepit makanan, pencungkil gigi, perabot, alat muzik seperti angklong, atau galah. Rebungnya boleh diambil untuk dimakan.

Buluh galah atau nama sainsnya Bambusa heterostachya.

Buluh minyak atau juga dikenali sebagi buluh gading, buluh aro, buluh temalang dan nama sainsnya Bambusa vulgaris ialah salah satu spesies pokok buluh berumpun-rumpun dalam genus Bambusa. Pokok ini besar, dengan banyak cabang yang tumbuh dari sesuatu buku. Biasanya satu atau dua daripada cabang-cabang ini adalah lebih besar daripada yang lain. Buluh gading biasanya bertumbuh di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Asia, khususnya di kawasan tropika monsun dan lembap.

Spesies ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan. Nama botaninya Bambusa vulgaris var. striata. Ia juga sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan batang pengepit makanan, pencungkil gigi, atau pencucuk makanan. Rebungnya boleh diambil untuk dimakan.

Buluh perindu (Bambusa magica) ialah sejenis buluh kecil yang mengeluarkan bunyi merdu apabila ditiup angin. Oleh kerana itu ia sering dijadikan seruling dan merupakan nama seruling tersebut. Atas sebab yang sama, buluh perindu juga boleh membawa maksud bunyi atau suara yang merdu.

Buluh betong atau juga dikenali sebagai buluh pering merupakan pokok buluh dalam genus Dendrocalamus yang yang tumbuh di Asia. Nama saintifiknya adalah Dendrocalamus asper.

Buluh beting (nama saintifik "Gigantochloa levis"). Rebungnya diambil untuk dijadikan sebagai makanan. Batangnya juga penting dalam kegunaan perdagangan.

Buluh semantan atau juga dikenali sebagai Buluh raya/gala/paao/seremai/telur [1], (nama saintifik "Gigantochloa scortechinii"). Rebungnya diambil untuk dijadikan sebagai makanan.

Buluh akar atau juga dikenali sebagai buluh tali, ialah sejenis buluh dalam genus Dendrocalamus yang malar hijau yang tumbuh di Asia. Nama saintifiknya adalah Dendrocalamus pendulus.

Buluh tumpat (nama saintifik "Gigantochloa ligulata") merupakan sejenis pokok dalam kategori buluh.
Rebungnya di ambil untuk dijadikan sebagai makanan. Batangnya juga penting dalam kegunaan perdagangan.

**http://buluh-ku.blogspot.com/2011/02/jenis-buluh-di-malaysia.html**

Kemasan Dinding

Terdapat beberapa kaedah kemasan dinding yang boleh dilakukan selepas kerja – kerja lepaan antaranya adalah kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai dan kemasan kerutu.  Kemasan ini dikenali sebagai lapisan ketiga selepas kerja – kerja lepaan iaitu lapisan asas dan lapisan pertengahan.

Picture
Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)

Langkah 1 : Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir.

Langkah 2 : Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span.

Picture
Kemasan Kerutu (Rough Cast Finishing)

Langkah 1 : Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa.

Langkah 2 : Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine).

Langkah 3 : Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.

Picture
c) Kemasan Shanghai

Langkah 1 : Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai).

Langkah 2 : Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata.

Langkah 3 : Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles.

Langkah 4 : Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut.

Langkah 5 : Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih.

Langkah 6 : Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering, sapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya kelihatan berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.

Picture
a) Kemasan Licin (Cement Face)

Langkah 1 : Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry)

Langkah 2 : Kemudian bancuhan simen itu di ratakan pada permukaan lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang licin.

Langkah 3 : Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya.

Langkah 4 : Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.

**https://intelligencebuilders.weebly.com/pemasangan-kemasan-dinding.html**

Plaster Siling

Memasang plaster siling sudah menjadi trend pada masa kini. ini kerana plaster siling atau juga dipanggil siling kapur boleh menjadikan rumah anda kemas, cantik dan bergaya. Ditambah dengan limpahan cahaya lampu yang berbilang jenis, saiz dan warna, menjadikan rumah anda sebagai inspirasi kepada kehidupan anda.
Sebenarnya memasang plaster siling tidaklah sesukar mana. pergi aje kat kedai yang jual plaster siling dan beri keluasan ruang yang hendak dipasang. biasanya pekerja disitu akan tolong kira berapa keping siling yang diperlukan, panjang cornice yang diperlukan dan lain2.
Antara bahan-bahan untuk memasang plaster siling adalah:
1. aluminium bar
2. digunakan sebagai rangka siling. berfungsi untuk memegang kepingan siling itu.
3. cornice/ hiasan tepi
Mari kita baca beberapa tips yang dapat kami kongsikan untuk kita kongsi bersama.
Pilihan Design Plaster siling
Ada banyak pilihan yang boleh anda pilih dengan pelbagai bentuk asalkan bersesuaian dengan anda. Ada yang mahu rata sahaja tanpa-apa-apa dekorasi. Ada yang mahu L-Box, ada yang mahu bentuk seperti tangga. Biasanya kontraktor akan memberi anda sebuah buku desain untuk anda pilih.
Sebelum Memasang Plaster siling
Sekiranya rumah anda masih belum ada siling, pemasangan siling adalah lebih mudah. Pekerja akan menyiapkan urusan wiring terlebih dahulu. Wiring perlu jalan dahulu kerana ia lebih memudahkan kerja. Sekiranya plaster siling sudah dibuat, baru pendawaian hendak dijalankan, ia akan menyusahkan pekerja.
Anda perlu tahu di manakah lokasi lampu downlight, lampu chandeliar, kipas dan lampu gantung anda hendak diletakkan. Ini penting untuk susunan kerja pemasangan plaster siling.
Lagipun, sekiranya anda ingin memasang kipas dan lampu chandelier, wireman perlu memasang hook di siling asal bagi tujuan menyangkut kipas dan lampu chandelier tersebut. Pemasangan hook sebaik-baiknya dibuat awal sebelum pemasangan plaster siling.
Bagaimana Menentukan Ketinggian Plaster Siling?
Di antara perkara yang perlu dilihat sebelum memasang plaster siling ialah ketinggiannya. Plaster siling tidak sesuai untuk rumah yang berketinggian 8.5 kaki ke bawah. Rumah akan kelihatan kecil dan nampak serabut sekiranya silingnya terlalu rendah. Jika dipasang kipas pula, dikhuatiri bilah kipas akan terkena seseorang. Mengikut beberapa buku yang saya baca, 10 kaki tinggi adalah tinggi yang baik selepas memasang plaster siling. Ia akan menyebabkan ruang tampak luas.
Baik, untuk mengetahui level plaster siling, kita perlu lihat di manakah beam rumah. Pada kebiasaannya kita memasang siling betul-betul di bawah beam. Ini bertujuan untuk menutup beam yang menggangu pandangan. Kita akan ambil 2 inci sekurang-kurangnya dibawah beam untuk kita pasang aluminium bar. Berdasarkan 2 inci bawah beam, kita akan pasang plaster siling yang lain dengan level yang sama.
Berapakah jarak antara slab/siling sekarang dengan plaster siling yang akan kita pasang?
Jarak plaster siling dengan siling asal adalah sekurang-kurangnya 8-10 inci. Kerana kita akan memasang lampu downlight bulat. Lampu downlight bulat memanjang mempunyai ketinggian 6 inci. Kita akan mengambil 2-4 inci untuk proses memasang lampu downlight bulat. Sekiranya kita mahu mengambil jarak kurang dari 8-10 inci, boleh juga. Tetapi kita kena memasang lampu downlight 4 segi. Ia lebih pendek dan tidak perlu mengambil banyak ketinggian ruang.
Memasang Bar aluminium.
Selepas itu, bar-bar aluminium akan diskru di siling atau slab. Bar inilah yang memegang plaster siling dariapada jatuh. Plaster siling pula akan diskru ke bar-bar ini.
Proses Kemasan.
Selepas plaster siling dipasang, proses kemasan pun bermula. Sejenis simen putih khas akan di ratakan di plaster siling tersebut. Ia akan menutup sambungan-sambungan siling dan menyebabkan siling kelihatan rata.
Memasang Cornices
Cornice adalah hiasan yang diletakkan di tepi plaster siling. Ia ada banyak bentuk dan banyak bunganya. Ada yang suka warna putih dan ada yang suka corak bewarna, Yang berwarna lebih mahal daripada yang putih kerana warna itu dicat secara manual menggunakan tangan.
Bagi yang memilih cornice berwarna, ia perlu berhati-hati kerana sambungan antara satu cornice dengan cornice yang lain, kelihatan ketara sambungannya sekiranya berwarna. Ia tidak terlalu ketara dengan cornice putih. Pakar yang memasang plaster siling akan melakukan touch up dengan mewarnakan sambungan cornice agar tidak jelas kelihatan. Jika anda seorang yang cerewet, lebih baik gunakan cornice yang putih sahaja.
Memasang lampu di plaster siling.
Selain lampu downlight, kita boleh memasang lampu yang ditutup dengan L-box di kawasan tepi. Lampu yang membentuk “ambience” menjadikan suasana lebih malap tetapi harmoni. Kita biasanya akan menggunakan satu lampu khas yang dipanggil T5. T5 datang dalam pelbagai warna dan panjang, tetapi ia adalah lampu yang berdiameter kecil dan dipasang mengelilingi plaster siling.
Bagaimana jika siling anda rendah?
Sekiranya siling rendah, anda tidak dinasihatkan memasang plaster siling. Apa yang kita boleh buat ialah, slab siling anda boleh di “skim” dengan sejenis simen putih untuk ia kelihatan licin seolah-olah memasang plaster siling. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh memasang downlight kerana tidak ada ruang.
Untuk tujuan memasang lampu, dicadangkan kita pasang L-box di sebelah tepi siling dan memasang lampu T5 di sekeliling siling. Ini menjadikan bilik terang dengan suasana ambience.
kepada pelanggan kebiasaannya kontraktor akan memberi buku contoh plaster ceiling untuk pelanggan membuat penilaian corak2 ceiling.
buku plaster ceiling diberikan pelanggan untuk memilih design
Terdapat berbagai-bagai jenis ceiling yg pelanggan perlu nilaikan seperti :
1. Plaster ceiling shj (biasa di tandas)
2. Cornice (ruang bilik dan ruang tamu)
3. L-Box (mesti ada light through- biasa di ruang tamu dan bilik)
4. Bitten (biasa di cornice dan ingin menampakkan kemeriahan dlm ruang tamu)
5. Bunga (biasa ditengah2 kipas/lampu hiasan)
menyediakan kerangka besi untuk L-Box
L-Box di ruang tamu (biasanya akan bermain dgn warna tone utk menyerlahkan ruang tamu)
L-Box kebiasaannya dipasang di ruang tamu
Didalam tandas atau bilik air pemasangan cornice saja kebiasaannya dipasang dan ceiling..
pemasangan cornice dan plaster ceiling juga amat cantik dibuat didalam bilik tidur
Cara memasang plaster ceiling
– sebelum memasang ceiling, terdapat kerangka zink bar untuk ceiling lepa bergantung.
– perlu siapkan wiring sebelum memasang ceiling lepa
– ketinggian ceiling haruslah melebihi 10 kaki dari lantai kerana ketinggi yg rendah menampak keserabutan didalam rumah dan ketinggian kipas kurang. Pun begitu , ventilation didalam rumah adalah amat penting dan 10″ dan 8″ dari slab lantai. (kerana perlu memasang lampu downlight yg rata2 mempunyai ketinggi 8″….jika kurang, boleh membeli downlight horizontal.

– kekemasan (compound 2in1 digunakan) untuk plastering ceiling.


**https://www.promaxs.com.my/pms/plaster-siling/**

Sunday, 24 February 2019

Kiraan Lampu Downlight

Rahsia Downlight
Sebagai panduan amnya, menggunakan 18watt CFL downlight, downlight tersebut mestilah dipasang sejauh 500mm hingga 600mm dari dinding bilik. Dan jarak antara downlight hendaklah dipisahkan antara 900mm hingga 1200mm antara satu sama lain. Lebih kurang satu downlight untuk satu meter persegi. Sebelum menebuk lubang downlight, rancang terlebih dahulu ruang cabinet atau cupboard yang ingin dipasang bagi mengelakkan lampu sorot anda tersorok.
Berapa banyak cahaya yang di perlukan untuk suatu bilik@ruang?

Formula:

     Luas Bilik X 20 = Lumens    

Macam mana nak pilih watt mentol bilik ?

Formula:

     Luas bilik X 1.5 = Watt    

Luas bilik dengan bilangan mentol downlight

Formula:

     1 meter persegi = 1 downlight      
     1 m² = 10.764ft²                              

Contoh A: 

Luas bilik = panjang bilik X Lebar bilik

panjang = 10 kaki
lebar  =  10 kaki
luas = 100 kaki per segi

Jadi;

Jumlah downlight = 100/10.764

                              = 9.29 @ 9 biji downlight

Bermakna bilik tersebut memerlukan cahaya sebanyak  9 biji downlight

Jumlah Lumen yang dikehendaki;

Lumens = 100ft² X 20 = 2000 lux

Watts = 100ft² X 1.5 = 150 watt


LED watt tak sama CFL watt tak sama Bulb biasa watt

                         LED  |  CFL   |   BULB
LUMEN         | Watts | Watts  |  Watts
450                     4-5       9-13        40
800                     6-8      13-15       60
1100                  9-13     18-25       75
1600                 16-20    25-30     100
2600                 20-28    30-55     150

Berbalik kepada jawapan kita, 

150 watt = 55 watt CFL @  28 watt LED

Bermakna untuk keluasan bilik 10X10 kaki persegi, kita boleh menggunakan

downlight 55/9= 6.11 watt untuk CFL

ataupun

downlight 28/9 = 3 watt untuk LED

Untuk semakan;

450 lux X 9 = 4050 lumens > 2000 lumens yang diperlukan so ia akan cukup terang.


Tingkat Pencahayaan Berdasarkan Standard SNI
**http://pomen.blogspot.com/p/kontraktor.html**

Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di Rumah

Artikel ini menerangkan tentang panduan merekabentuk sistem pendawaian elektrik di rumah yang biasa diamalkan oleh juruelektrik di Malaysia. Sebenarnya tiada pengiraan khusus untuk menentukan saiz wayar, MCB, RCCB dan bilangan mata kuasa memandangkan kita tidak mengetahui berapa banyak beban yang akan digunakan oleh pengguna di rumah. Walaubagaimanapun, sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai IEEE (Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik) telah menyediakan garis panduan untuk rekabentuk pendawaian elektrik ini.

Pendawaian elektrik rumah bermula daripada papan agihan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut Distribution Board (DB). Papan agihan terdiri daripada suis utama, RCCB dan MCB. Baca sini untuk mengetahui secara umum tentang papan agihan.  Pendawaian elektrik akan diagihkan ke dalam rumah melalui MCB.



Gambar di atas menunjukkan sistem pendawaian elektrik yang biasa dipasang untuk rumah 1 tingkat 3 bilik. (Klik pada gambar untuk besarkan, klik sini untuk muaturun gambar di atas dalam format PDF). 

Terdapat 4 jenis litar pendawaian elektrik rumah iaitu litar gelang, litar jejari, pencahayaan dan litar khusus. 

1. Litar jejari
Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 50m². Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 6 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 50m². Biasanya litar jejari digunakan untuk pendawaian soket plug di dalam bilik. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A.
2. Litar gelang
Litar gelang adalah litar di mana pangkal dan hujung pendawaiannya disambung pada MCB yang sama. Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 100m². Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 10 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 100m². Biasanya litar gelang digunakan untuk pendawaian soket plug di luar bilik seperti ruang tamu, ruang berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.

3. Litar pencahayaan
Lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik disambung pada litar pencahayaan. Jumlah maksimum mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan adalah 10 unit.  Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 1.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 6A.

4. Litar khusus
Litar khusus adalah untuk peralatan elektrik yang kuasanya melebihi 2000 Watt seperti pemancur air panas, oven dan penghawa dingin. Setiap peralatan ini hendaklah dikhususkan satu litar pendawaian terus dari papan agihan, disambung pada MCB bersaiz 20A dengan saiz minimum wayar  2.5mm² bertebat PVC. Sebagai contoh, rumah anda mempunyai satu unit pemancur air panas dan 2 unit penghawa dingin. Ini bermakna anda memerlukan 3 litar khusus untuk peralatan tersebut. Litar khusus 1 untuk pemancur air panas, litar khusus 2 untuk penghawa dingin  pertama dan litar khusus 3 untuk penghawa dingin kedua. 

Dalam sesebuah rumah, bilangan litar jejari, litar gelang dan litar pencahayaan boleh lebih dari satu. Sebagai contoh, rumah 2 tingkat dengan 4 bilik. Litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang pertama adalah untuk tingkat bawah manakala  litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang yang kedua adalah untuk tingkat atas.

Kesemua MCB ini akan disambung pada RCCB dengan menggunakan wayar bersaiz 4mm² (minimum). Terdapat dua saiz RCCB yang sesuai untuk pendawaian elektrik dalam rumah iaitu 40A dan 63A. Sekiranya rumah anda memerlukan soket plug dan mata kuasa kipas/lampu tidak melebihi 20 unit dan tiada penggunaan peralatan elektrik berkuasa lebih 2000W, RCCB bersaiz 40A sudah mencukui. Jika lebih dari 20 unit dan mempunyai peralatan elektrik 2000W ke atas, RCCB 63A diperlukan. Gunakan RCCB yang mempunyai kepekaan 100mA.


Sekiranya pendawaian dilakukan dalam konduit GI (paip besi bergalvani), wayar elektrik yang perlu digunakan adalah jenis double insulated (2 lapis penebat). Ini kerana jika kerja pendawaian dilakukan dalam elektrik paip besi, sekiranya dilakukan dengan kasar ia boleh menyebabkan lapisan penebat wayar terkoyak. Oleh itu wayar double insulated diperlukan supaya penebat wayar elektrik masih dalam berkeadaan baik sekiranya lapisan pertama penebat telah terkoyak.

**sebagai rujukan persendirian**
**sumber dari http://zon152.blogspot.com/2012/02/panduan-merekabentuk-pendawaian.html**

Wednesday, 28 August 2013

Permulaan

Salam..just nak try blogging sesambil untuk dijadikan sedikit diari atau catatan kegiatan dan aktiviti di rumah kampung. Hopefully blogging xtvt ni akan berjaya dan berterusan.
29/08/2013

**Sumber daripada pelbagai laman web untuk rujukan sendiri**